12 january 2012
Genap 14 hari arwah tokwan pergi,
aku still terngiang-ngiang suara dia, bau dia, cara batuk, cara berjalan,
hmm. YAALLAH, kuatkanlah aku, aku tak tahu aku boleh jadi sekuat ni,
maybe aku dah sedia awal, since tokwan teruk sakit hari tu, aku cakap pada diri aku sendiri, if something happen to tokwan emiie, u must be tough and redha,
ALLAH sayangkan tokwan, sebab tu dia ambil tokwan,
takpe lah, tokwan, pergi dengan aman, at first,
when me arrive at kampung (perak),time tu pukul 12.30,
aku bertolak dari JB pukul 8.00, laju tak laju jugak ena drive..
aku still terkejut. Terus peluk mak and nangis, menggeletar,
mak pimpin aku duduk, serius sedih, aku nangis kat luar rumah,
orang melawat penuh, aku tak kuat nak tengok tokwan,
habis tangan kaki menggeletar, airmata trun tak henti,
aku tahan diri aku dari meraung2, terhenjut2 aku,
atam, paktam, paknjang, angah tenangkan aku,
aku tarik nafas dalam dalam, terus masuk dalam rumah, peluk opah L .
opah menangis, aku meraung2, tak tahan sangat,
arwah tokwan pergi terlalu cepat, dan bukan kat sisi aku,
aku tak sanggup pandang pun jenazah tokwan,
tak sanggup opah, bukan emie tak nak,
aku menangis lagi, semua sedara mara tenangkan aku,
semua orang kat situ jugak tahu yang aku cucu kesayangan arwah tokwan,
tokwan n opah jaga aku since kecik, opah cakap
“emie, toksah lagu tu, kesian kat tokwan, toksah nangis lagu tu, nanti tokwan sakit, tokwan sedih , pi baca yasin mcm ena, pi cium tokwan, sat gi dah nak kebumi, “
perrgghhh! Opah. Sedih nyaa aku,
aku keras, . habis air hidung, air liur keluaq, aku tak dapat terima lagi,
slow down, tarik nafas emi, kata hati aku,
atam , andak, acu, makngah semua peluk aku, pujuk aku,
aku amik air sembahyang, bacakan yassin,
emie kau kena kuat, mati itu pasti, Cuma kita tak tahu bila,
semua orang akan mati emie, redha kan tokwan,
habis baca yassin aku tenung jenzah tokwan,
cium pipinya banyak kali, peluk dia,
aku pegang tangan yang sudah diqiamkan serta dibalut dengan kain putih tu,
“ pergilah tokwan, demi ALLAH emie redha,
“ saat tu, airmata aku tumpah lagi,”
selesai solat jenazah, arwah tokwan nk dibawa ke kubur,
aku tak boleh tahan lagi, aku pimpin opah, opah pening, terkejut,
dia still tak boleh terima, aku cakap, “opah nk ke kubur ? emi nak pergi kubur ni”,
” aku tak boleh pi tengok, sebak sangat hang pi ja no dengan depa “.
Sedara mara suma pergi, opah dah longlai,
opah ditenangkan oleh sedara yang lain,
waktu nak masuk dalam liang,
angah. Along, and pak njang dah ready kat dalam,
along nangis tersedu, sedu sambil angkat jenazah arwah tokwan,
angah pun sama,
“ angah , peluk tokwan, jangan pegang macam tu, nanti jatuh” kata paknjang,
angah kesat airmata, peluk arwah tokwan n masuk kat dalam liang,
saat arwh ditimbus dengan tanah,
airmata aku tumpah lagi,
mulut tak henti menyedekahkan al-fatihah,
semoga tokwan aman disana,
sambil tangan menyiram air mawar, hati aku berbisik,
YAALLAH, rahmati lah roh arwah tokwan, sesungguhnya aku amat menyayangi nya.
And now, aku dalam proses meredhakan pemergiannya,
sekarang aku always call opah, Tanya khabar,
sebab dia dah tinggal sorang,
and dia stil teringat, nak masak untuk tokwan,
semua, every night nangis, still teringat arwah tokwan longlai kat sisi dia,
saat kalimah syahadah selesai diucapkan ,
tokwan pergi di sisi opah.
Opah still teringat saat cemas tu,
opah cerita kat aku, aku sedih sangat,
opah tak boleh tinggal sorang, nanti dia teringat,
nasib lah maklong ambil keputusan untuk tinggal dengan opah,
tenang sikit hati aku,
sekarang ni aku cakap dengan opah baik on call atau depan-depan,
aku kena hati-hati,
sebab dah terbiasa bila Tanya opah, mesti Tanya tokwan sekali,
tapi, now tokwan dah takda, L
Hari tu ena terlepas cakap,
“opah, tak pergi pasar malam ke dengan wan ?
“ DAMN!!!!! Tokwan dah takda lah! Lupaa ?
aku ketuk kepala dia, hmm
Kadang-kadang aku teringat, time aku kecik-kecik,
tokwan memang sayangkan aku,
sampai sekarang, kalau dia ada lagi, tokwan bagi duit,
backup besar kalau aku ada problem dengan mak,abah,
and ada satu lagu tokwan selalu nyanyikan untuk aku
“ Tanya sama pokok, apa sebab goyang,nanti jawab pokok, angin yang goncang,
tanya sama angin, apa sebab goncang, nanti jawab angin, Tanya lah awan,
awan nanti kata,aku kandung air, sampai tempat sejuk,aku pun cair, tengok dalam
air, Nampak bayang-bayang, campak satu batu, bayang pun hilang “
aku simpan semua memori dengan arwah tokwan, emie sayang tokwan sampai bila-bila. Dan sekarang , REDHA itu jalan terbaik untuk aku, AL-FATIHAH ALLAHYARHAM ASHAARI BIN AWANG 1 JANUARY 1943 – 29 DISEMBER 2011.